Thursday, June 24, 2010

Rinduku.....

Ya Allah, betapa ku merinduimu Ibu,
Hanya kau sahaja yang tahu hati ku,
Adakala nya aku tak dapat melupakan mu Ibu,
Setiap saat, setiap detik aku mengingati dirinya,
Ingin sekali aku memeluk dirinya,
Aku insan biasa tak mampu,
Melawan perasaan ini,
Hati ku sedih bila mengenangkannya
Kerana setiap detik ku rasa
Aku kehilangan dirinya
Ibu......
Aku terlalu menyayangi dirimu
Terlalu merindui dirimu
Suaramu, gelak ketawa mu
Sentiasa kendengaran di telingaku
Seperti memanggil namaku
Senyumanmu umpama bintang
Yang menyinari hidupku
Kini aku dalam kegelapan
Tanpa cahaya sinar hidupmu
Ibu....
Aku tak kuat sepertimu
Aku tak mampu tanpa mu
Di sisiku......
Tabahkah lah hatiku Ya Allah
Untuk aku harungi hidupku ini
Tanpa ibu
Sesungguhnya hamba mu ini
Insan yang Lemah, yang tak bermaya
Berilah aku kekuatan
Seperti mana yang kau inginkan
Jiwa ku sunyi dan sepi
Sejak aku kehilanganmu Ibu
Aku tak tahu mampu kah
Untuk aku harungi hidup ini
Ibu....
Aku tahu kau mengharapkan
Aku hidup bahagia selamanya
Aku akan cuba.... untuk itu semua
Tapi aku tak berjanji....
Cuma akan aku usahakan
Untuk semua ini.....
Biar apa pun terjadi
Kau tetap di hati ku
Untuk Selama-lamanya.


Saturday, June 19, 2010

Dalam Diam Aku Mencintaimu

Entah mengapa ku rasa tak menentu'
Semenjak aku mengenali dirimu sayang
Terbayang-bayang wajahmu di mataku
Hingga tersentuh rasa indah di kalbu
Apakah ertinya

Aku tak tahu mengapa aku rindu
Ingin ku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hati ku
Di dalam diam aku Menyintaimu

Ku harap kau faham perasaan ku
Yang kini dilamun rindu pada mu
Sesungguhnya aku telah jatuh cinta
Oh indahnya bila bersama mu
Cinta ku dengan ikhlasnya
Janganlah engkau sia-siakan
Harapan dan impianku
Dalam diam aku menyintaimu

Kemarau Hati Yang Melanda

Indahnya walau sesaat bersamamu
Memandang,merenung, meratap wajahmu
Walaupun hanya sekilas Pandangan
Masa amat mencemburui dirimu
Biar pun hati ini meronta-ronta
Ingin bersama dengan dirimu
Tapi apa dayaku.......
Aku hanya wanita biasa
Terdetik di hatiku
Alangkah bahagianya diriku jika bersamamu
Setiap saat,setiap hari dan selamanya
Akanku hargai dirimu
Biar pun dari jauh
Itu saja yang mampuku lakukan
Deritanya hati ini merindui dirimu
Terlalu sukar untuk ku nyatakan
Bahawa diri ini hanyalah untuk dirimu
Kenangan bersamamu akan ku sematkan
dalam sanubariku
Aku bahagia, gembira mengenali dirimu
Meski pun sudah terlambat
Dia seorang putera raja bagi diriku
Aku bangga mengenali diri nya
Kasih ku padanya tak akan berubah
Biar pun gelora yang datang
kau tetap di hatiku

Dugaan datang bertimpa-timpa
Untuk menguji kesetiaan diriku
Terhadap dirimu
Akan ku jaga rapi, ku bajai kasih dan sayangku
agar ia tetap di sanubariku
Ya Allah lindungilah diriku dari godaan Syaitan dan Manusia durjana
Agar diri ini sentiasa berada dalam keadaan yang tenang.

Cara Mengatasi Sifat Marah

* Latih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah-lembut dan berhati-hati dalam membuat keputusan.
*Ingati balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang mengikut nafsu amarahnya.
*Ingatkan kelebihan atau pahala yang diperoleh oleh orang yang berjaya menahan marahnya, orang yang berjaya menahan kemarahannya di sifatkan sebagai pahlawan yang berani
*Maafkan orang yang menyebabkan kita berasa marah
*Memohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan
*jika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, jika marahnya belum reda, hendaklah berbaring.
*Mengambil wuduk, sesungguhnya syaitan itu di jadikan daripada api dan api akan padam dengan mengambil wuduk

Tuesday, June 15, 2010

Luahan yang tersirat di hatiku

Sebenarnya aku takut kehilangan dirinya, tapi ini realiti kehidupan yang harus kita terima walaupun ia pahit, tak semua apa yang kita impikan akan kita perolehi, kecuali dengan doa dan usaha. Mungkin ada hikmah di sebaliknya andainya apa yang kita hajatkan tidak kesampaian. Aku tak tahu kenapa hati ku mudah terasa dan sedih sejak akhir2 ini, rasa macam aku akan kehilangan dirinya, berlinangan air mataku tanpa aku sedari aku amat merindui dirinya sebenarnya, terima kasih pada sahabatku yang sentiasa berada di samping ku saat aku memerlukan teman berbicara, meluahkan perasaan dia sentiasa memberi aku kata nasihat. Entahlah aku sendiri tak tahu kenapa perasaan aku begini, apa yang aku inginkan..... mungkin perhatian dari dia, tapi aku tahu siapa lah diriku ini, dia siapa dan aku siapa tak layak berada di samping dia.
Ya Allah beri lah aku kekuatan untuk aku terus hidup dan berjaya di dunia ini, meski pun orang yang paling aku sayang tiada lagi di dunia ini, emak adik sentiasa rindukan emak sampai bila2, maafkan adik emak klo selama nie adik tak dapat memberikan kesenangan dan kebahagian pada emak selama emak hidup. Terima kasih emak kerana menjaga adik sampai adik dewasa, pahitnya perpisahan ini, adik tak pernah berpisah dengan emak selama ini, kini adik seorang diri emak, tapi adik kena kuatkan emak macam emak, tak pernah mengeluh pasal anak2.....Kak Ana dan Nina selalu teman kan adik.Mungkin apa yang berlaku hari ini ada hikmahnya di sebaliknya, Allah nak menguji kekuatan diri saya.

Terlalu kuat dugaan ini adakalanya saya hampir rebah, saya paling rapat dgn emak saya kemana dia pergi pasti ada saya, dia sentiasa ada di sisi saya saat saya berduka, bagi saya dialah ibu dan dia lah sahabat, dalam masa yang sama saya kehilangan dua orang yang amat saya sayangi. Saya sebenarnya belum puas menjaga emak, selalu saya sibuk dengan kerja bukan apa saya buat begitu sebenarnya saya nak lupa kan kisah hidup saya,selalu balik kerja malam lepas tu saya balik rumah terus duduk dalam bilik jea, saya tahu emak sedih melihat keadaan diri saya, selalu saya cakap dalam diri saya biar lah saya jaga emak sampai bila2, biar saya temankan emak, kerana emak lah kekuatan diri saya selama ini, Tiba2 emak jatuh sakit, emak tak pernah masuk hospital selama nie, saya bergilir2 jaga emak kat hospital Ya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, tak sanggup saya melihat setiap kali emak saya meraung sakit, selalu dia cakap adik bawa emak balik emak tak sanggup duduk kat sini , emak tak boleh emak sakit klo balik nanti adik tak tahu nak buat apa2, saat tu lah air mataku mengalir melihat rintihan emak, terasa sakit di hatiku melihat penderitaan emak, setiap kali emak melolong menjerit minta tolong, hatiku hiba, emak susah nak makan dan minum klo tak di paksa makan tak di makan kata tak selera, sampai saya cakap dengan emak, makan yea mak, tak sayang anak2 emak ke, dia merenung melihat saya.Setiap kali emak saya tidur saya lihat wajahnya, melihat keadaan dia tak sampai hati saya melihat emak saya menderita.Hari 2 jururawat ambil darah emak saya sampai lebam2 tangan emak saya, sedih saya melihat emak saya, sayangkan emak saya. Cuma saya terkilan dia nak jumpa seseorang, tapi orang tu tak nak datang, saya tahu dia marah pada saya tetapi kenapa dia tak nak jumpa emak saya.Setiap hajat emak saya dan apa yang dia pinta saya carikan hanya itu yang mampu saya buat. Kenangan bersama emak tak dapat saya lupakan.Dari satu hospital ke satu hospital saya berpindah dalam erti kata saya tak pernah naik ambulance tu lah pertama kali saya naik, mengalir air mata saya waktu ketika itu, adik beradik saya tak ada waktu ketika itu, bayang kan saya sendirian waktu ketika itu menunggu emak di luar, jururawat memanggil namaku, emak mahu berckp dengan ku rupa nya, adik emak tak nak buat pemasangan tiub nie, ketika itu aku tak tahu nak ckp apa, aku menangis dan bercakap padanya emak kena buat klo emak nak baik, aku tahu emak takut ketika itu, aku berdoa pada Allah supaya emak aku selamat, pengalaman berasa di sana tak dapat saya lupakan, ada sedikit kecewa di hati saya, atas layanan hospital itu, emak saya tak dapat katil pada ketika itu, sungguh marah saya pada ketika, klo blo saya nak emak saya dalam keadaan selesa dah lah tak ada doktor tengok emak saya pada ketika emak saya demam sampai saya marah dekat jururawat itu, Allah jea yang tahu perasaan saya pada ketika itu.
Masuk dua hari emak saya tak di beri ubat saya pun pelik mcmana pihak hospital nie, sungguh marah saya, tak sanggup saya melihat emak saya ketika itu, rasa nak rebah saya pada ketika itu, giliran kak Ana jaga, saya tahu emak tak nak berpisah dengan saya bukan saya tak nak jaga makin lama melihat emak tak sanggup saya rasakan penderitaannya.

Friday, June 11, 2010

Cinta Cinderala

Rinduku padanya tak pernah pudar
Walaupun ku tahu aku tak dapat memilikinya
Terlalu sukar untuk aku menyelami dirinya
Dia insan yang cukup istimewa buat diriku
Sama ada dia tahu atau pun sengaja membiarkan
perasaan itu aku tak pasti
Makin lama ku cuba untuk melupakannya
Makin dekat ingatan ku terhadap dirinya
Aku terlalu sayangkan dirinya
Tipulah kalo aku katakan aku tak mencintainya
Tapi aku sedar siapa lah diriku di sampingnya
Dia seorang lelaki yang hebat di kaca mataku
Setiap kali aku rindu padanya air mataku berlinangan
Ya Allah aku tersangat rindu padanya
hanya engkau saja yang tahu perasaanku ketika ini
Berdosa kah diriku mencintaimu,menyayangi dirimu dalam diam
Moga suatu hari nanti aku dapat hidup bersama dengan dia
Itu pun mungkin dalam mimpi yang tak pasti..........
Aku perlukan dia dalam hidupku
Senyumannya tak dapatku lupakan
Setiap hari wajahnya terbayang dibenak fikiranku
Kadang-kadang aku takut kehilangan dirinya
Tapi siapalah aku nak menentukan Takdir Illahi
Hidup aku sepi sebenarnya di sebalik senyumanku
Bukanku berpura-pura gembira tapi aku tak nak orang lain tahu
kesedihan diriku ini........
Aku teringin sekali memeluk dirinya
Merenung matanya, menatap wajahnya, membelai rambutnya
Bila berada di sampingnya aku rasa selesa, selamat dan gembira
Tapi bila aku tak dengar suara dia, sms dari dia hatiku resah gelisah sebenarnya
Kenapa..... ini terjadi pada diriku
mampu kah aku menahan perasaan ku terhadap dirinya
Mungkin aku yang bertepuk tangan sebenarnya
Aku tak pasti.....
Biarlah diri ini jea yang menyayangi dirimu, mengambil berat tentang dirimu
Cinta, kasih,rindu tak boleh di paksa-paksa
Ku berdoa agar dirimu sentiasa bahagia dan berjaya apa yang di cita-cita
oleh dirimu selama ini
Aku sentiasa akan berada di sisimu walau apa pun terjadi
Hanya satu jea yang harus kau tahu bahawa dirinya amat menyayangi dirimu....
Ingin rasa hatiku nak mendampingi diri mu selalu
Tapi itu tak mungkin terjadi.........





Sifat-sifat Suami Penyayang

* Menumpukan perhatian kepada keluarga lebih daripada dunia luar
*Lembut percakapan dan layanannya kepada isteri
*Melayan ragam isteri dengan sabar
*Tidak suka bertengkar sekiranya timbul masalah,sebaliknya berbincang
*Membantu isteri menguruskan hal ehwal rumah tangga
*Sentiasa bersifat romantis dan berhati muda walaupun sudah berusia
*Bertolak ansur,menghormati isteri dan sedia berkorban demi kebahgiaan isteri
*Berusaha memberi kesenangan hidup kepada keluarga mengikut kemampuan yang ada
*Sentiasa mengingatkan isterinya untuk berbuat kebaikan
*Menasihatkan isteri jika melakukan kesalahan,jika isteri masih ingkar,dia akan berhukum dengan hukum al - Quran iaitu meninggalkan tempat tidur dan memukul dengan cara yang tidak menyakitkan
*Tidak membesar-besarkan kelemahan dan kekurangan isteri
*Sentiasa memaafkan isteri

Thursday, June 10, 2010

Petua Membentuk Cinta Abadi

Rasa cinta itu sekiranya dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.Selagi usia dikandung badan.Selagi jiwa merantai hati

Petua 1

Cinta sejati menganggap pujian sebagai penawar.Bentuk tabiat mudah memuji pasangan supaya dia terdorong menjadi cemerlang.Amalkan memuji tujuh kali sebelum menegur pasangan.

Petua 2

Cinta abadi sentiasa romantik.Berilah hadiah,SMS,ucapan cinta,makan di luar dan sebagainya untuk memupuk cinta.Ramai individu yang penyayang tetapi gagal mempamerkan perasaannya

Petua 3

Cinta abadi diperkasa dengan belaian.Berbual dan dengan pasangan dengan prihatin dan kasih sayang.Belajarlah untuk berkonflik dengan hikmah.

Petua 4

Cinta abadi perlu berteraskan iman.Kukuhkan hubungan dengan Allah bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan.Dirikan ibadah dengan sempurna.

Petua 5

Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi.Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman di kala sendirian.

Petua 6

Cinta abadi sentiasa ada masa untuk bicara kasih.Bisikan kata sayang setiap hari.Suami yang cemerlang peluk dan bisik kata sayang sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Petua 7

Cinta abadi lebih memberi tumpuan kepada perasaan berbanding kebendaan. Apabila wanita rasa disayangi perkara lain tidak penting baginya.Ibarat rumah kecil terasa bagai istana.

Petua 8

Cinta abadi sentiasa hormat menghormati.Hormati keunikan dan kerenah pasangan kita Jangan sesekali sombong dengan pasangan.Cari penyelesaian menang menang

Petua 9

Cinta abadi sentiasa membuat penyesuaian dan mencari keserasian.Sebenarnya, kita mudah membuat sesuatu ataupun berkorban untuk orang lain berbanding untuk diri sendiri.

Petua 10

Cinta sejati meyakini bahawa orang yang Allah kurniakan menjadi pasangan kita adalah orang yang terbaik bagi kita, walaupun ramai orang yang mungkin lebih baik daripadanya.

Realiti kehidupan

Walaupun kita sering berhati-hati dalam perjalanan hidup ini, adakalanya tergelincir jua, apabila Tuhan mendatangkan ujian buat kita.Hadapilah ujian itu dengan tabah dan reda kerana ada hikmah di sebaliknya.
Hidup tak selalunya indah,bagai hari-hari yang berlalu..... ada malam selepas siang,ada panas selepas ribut,nikmat rasa keindahan ada dalam hati yang sentiasa bersinar dengan pancaran nur iman.Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata, tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu,Kecantikan itu sering membuat kita jatuh cinta tetapi tidak semua kecantikan itu dapat membahagiakan. Sayang,rindu,sepi,suka dan duka adalah rencana cinta yang silih berganti dalam jiwa sepasang kekasih.Cinta pertama ibarat pengalaman mendayung perahu.Jika gelora datang melanda, perahu mudah hanyut tanpa arah.Gelombang yang membadai adalah dugaan yang perlu di hadapi.Di sinilah kita selalu kecundang.Mereka yang mendapat perlindungan Allah saja akan selamat tiba penghujungnya.

Demi Diri

Kini cinta tiada lagi buat diriku,
Aku bahagia dengan tiadanya cinta,
Kerana cinta aku sengsara,
Kerana cinta aku hampir putus asa,

Putusnya cinta antara kita,
Bukan bermakna dirimu ku lupa,
Namun kuharap usah di kenangkan,
kisah pahit manis antara kita,

Cukuplah sekadar diriku kau ingat,
Bukan dengan titisan air mata,
Kita terpisah kerana kehendak takdir,

Datangmu tidak ku undang,
pergimu tidak ku halang,
Aku insan tidak punya apa-apa,
Cuma memiliki sekeping hati

Demi dirimu........
Demi dirimu.......kudoakan kau bahagia,
Demi dirimu.......kukenal siapa diriku,
Demi dirimu.......kukenal suka dan duka,
Demi dirimu.......kukenal seribu macam
Persoalan dalam percintaan.

Wednesday, June 2, 2010

Adakalanya aku x mengerti dengan sikap manusia, di manakah nilai kejujurannya, isi hatinya, nilai perikemanusiaan tapi aku sedar aku insan biasa.....yang punya hati dan naluri saja.Kasih pada Allah lebih mulia dan Agung, di saat aku kehilangan orang yang tersayang kenapa manusia mengambil kesempatan pada insan yang lemah sepertiku.Ibu aku menyayangi dirimu, maafkan aku ibu jika selama ini aku sibuk tanpa pedulikan dirimu, baru aku tahu deritanya kehilanganmu. Ibu kau sentiasa disisiku saat aku memerlukan dirimu, kau jaga ku bagai menatang minyak yang penuh sehingga aku dewasa. Ibu saat kau menjagaku kau tak pernah mengeluh susah payah, kau wanita yang hebat tanpa suami di sisi kau mampu membesar2kan anak sehingga beliau berjaya. Ayah ku juga seeorang yang hebat walaupun dia hanya kerja kampung, hidup kami adik-beradik tak pernah melarat. Aku paling rapat dengan ayah, ke mana saja dia pergi aku sentiasa di sisi dia, dia meninggal dunia sewaktu usia ku 12 tahun, waktu itu aku masih kecil, ibulah yang menjagaku, sehingga kini aku hanya mampu mendoakan agar ayah dan ibu ku di cucuri rahmat.Kasih sayang ibu dan ayah tak ada galang gantinya, biar pun beribu orang yang datang takan sama ibu yang melahirkan kita. Aku pasrah pada ketentuan Illahi, mungkin Allah nak menguji hambanya sama ada dia kuat atau tidak untuk menghadapinya.Aku insan biasa adakalanya aku kuat adakalanya aku tak mampu untuk hidup bersendirian, tapi aku berterima kasih pada sepupu dan kawan kerana menemani diri ku, mendengar rintihan suara hati kecil, dalam masa yang sama ada hamba Allah insan yang paling aku sayang sentiasa memberi aku kata2 semangat dan memberi aku kekuatan....... semoga aku dan dia bahagia, Ya Allah masih ada ruangkah untuk aku hidup bahagia seperti orang lain, layak kah aku di sayang.....Semoga suatu hari dapat aku hidup bersama dengannya walau pun aku tahu aku hanya bermimpi di siang hari.Tuhanku ketemukan lah dia pada ku, sesungguhnya aku memerlukan dia dalam hidupku........Tanpa ku sedari air mataku mengalir di pipi ku...... Ya Allah berilah aku kekuatan dan petunjuk agar diri sentiasa tabah menghadapi hidup ini, aku ingin menjadi insan yang berguna, aku tak mahu lagi di pandang rendah oleh orang lain , Aku perlu berubah demi masa depan ku......