Rasa cinta itu sekiranya dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.Selagi usia dikandung badan.Selagi jiwa merantai hati
Petua 1
Cinta sejati menganggap pujian sebagai penawar.Bentuk tabiat mudah memuji pasangan supaya dia terdorong menjadi cemerlang.Amalkan memuji tujuh kali sebelum menegur pasangan.
Petua 2
Cinta abadi sentiasa romantik.Berilah hadiah,SMS,ucapan cinta,makan di luar dan sebagainya untuk memupuk cinta.Ramai individu yang penyayang tetapi gagal mempamerkan perasaannya
Petua 3
Cinta abadi diperkasa dengan belaian.Berbual dan dengan pasangan dengan prihatin dan kasih sayang.Belajarlah untuk berkonflik dengan hikmah.
Petua 4
Cinta abadi perlu berteraskan iman.Kukuhkan hubungan dengan Allah bagi mengeratkan hubungan dengan pasangan.Dirikan ibadah dengan sempurna.
Petua 5
Cinta sejati tidak pernah rasa sunyi walaupun pasangan tidak ada di sisi.Perasaan cinta, gambaran kekasih, kenangan manis dan harapan yang positif menjadi teman di kala sendirian.
Petua 6
Cinta abadi sentiasa ada masa untuk bicara kasih.Bisikan kata sayang setiap hari.Suami yang cemerlang peluk dan bisik kata sayang sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Petua 7
Cinta abadi lebih memberi tumpuan kepada perasaan berbanding kebendaan. Apabila wanita rasa disayangi perkara lain tidak penting baginya.Ibarat rumah kecil terasa bagai istana.
Petua 8
Cinta abadi sentiasa hormat menghormati.Hormati keunikan dan kerenah pasangan kita Jangan sesekali sombong dengan pasangan.Cari penyelesaian menang menang
Petua 9
Cinta abadi sentiasa membuat penyesuaian dan mencari keserasian.Sebenarnya, kita mudah membuat sesuatu ataupun berkorban untuk orang lain berbanding untuk diri sendiri.
Petua 10
Cinta sejati meyakini bahawa orang yang Allah kurniakan menjadi pasangan kita adalah orang yang terbaik bagi kita, walaupun ramai orang yang mungkin lebih baik daripadanya.
No comments:
Post a Comment