Thursday, June 10, 2010

Realiti kehidupan

Walaupun kita sering berhati-hati dalam perjalanan hidup ini, adakalanya tergelincir jua, apabila Tuhan mendatangkan ujian buat kita.Hadapilah ujian itu dengan tabah dan reda kerana ada hikmah di sebaliknya.
Hidup tak selalunya indah,bagai hari-hari yang berlalu..... ada malam selepas siang,ada panas selepas ribut,nikmat rasa keindahan ada dalam hati yang sentiasa bersinar dengan pancaran nur iman.Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata, tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu,Kecantikan itu sering membuat kita jatuh cinta tetapi tidak semua kecantikan itu dapat membahagiakan. Sayang,rindu,sepi,suka dan duka adalah rencana cinta yang silih berganti dalam jiwa sepasang kekasih.Cinta pertama ibarat pengalaman mendayung perahu.Jika gelora datang melanda, perahu mudah hanyut tanpa arah.Gelombang yang membadai adalah dugaan yang perlu di hadapi.Di sinilah kita selalu kecundang.Mereka yang mendapat perlindungan Allah saja akan selamat tiba penghujungnya.

No comments:

Post a Comment