Wednesday, June 2, 2010
Adakalanya aku x mengerti dengan sikap manusia, di manakah nilai kejujurannya, isi hatinya, nilai perikemanusiaan tapi aku sedar aku insan biasa.....yang punya hati dan naluri saja.Kasih pada Allah lebih mulia dan Agung, di saat aku kehilangan orang yang tersayang kenapa manusia mengambil kesempatan pada insan yang lemah sepertiku.Ibu aku menyayangi dirimu, maafkan aku ibu jika selama ini aku sibuk tanpa pedulikan dirimu, baru aku tahu deritanya kehilanganmu. Ibu kau sentiasa disisiku saat aku memerlukan dirimu, kau jaga ku bagai menatang minyak yang penuh sehingga aku dewasa. Ibu saat kau menjagaku kau tak pernah mengeluh susah payah, kau wanita yang hebat tanpa suami di sisi kau mampu membesar2kan anak sehingga beliau berjaya. Ayah ku juga seeorang yang hebat walaupun dia hanya kerja kampung, hidup kami adik-beradik tak pernah melarat. Aku paling rapat dengan ayah, ke mana saja dia pergi aku sentiasa di sisi dia, dia meninggal dunia sewaktu usia ku 12 tahun, waktu itu aku masih kecil, ibulah yang menjagaku, sehingga kini aku hanya mampu mendoakan agar ayah dan ibu ku di cucuri rahmat.Kasih sayang ibu dan ayah tak ada galang gantinya, biar pun beribu orang yang datang takan sama ibu yang melahirkan kita. Aku pasrah pada ketentuan Illahi, mungkin Allah nak menguji hambanya sama ada dia kuat atau tidak untuk menghadapinya.Aku insan biasa adakalanya aku kuat adakalanya aku tak mampu untuk hidup bersendirian, tapi aku berterima kasih pada sepupu dan kawan kerana menemani diri ku, mendengar rintihan suara hati kecil, dalam masa yang sama ada hamba Allah insan yang paling aku sayang sentiasa memberi aku kata2 semangat dan memberi aku kekuatan....... semoga aku dan dia bahagia, Ya Allah masih ada ruangkah untuk aku hidup bahagia seperti orang lain, layak kah aku di sayang.....Semoga suatu hari dapat aku hidup bersama dengannya walau pun aku tahu aku hanya bermimpi di siang hari.Tuhanku ketemukan lah dia pada ku, sesungguhnya aku memerlukan dia dalam hidupku........Tanpa ku sedari air mataku mengalir di pipi ku...... Ya Allah berilah aku kekuatan dan petunjuk agar diri sentiasa tabah menghadapi hidup ini, aku ingin menjadi insan yang berguna, aku tak mahu lagi di pandang rendah oleh orang lain , Aku perlu berubah demi masa depan ku......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment