Thursday, August 26, 2010

Tidak Cerewet

Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang terbaik seorang suami yang mudah dan tidak cerewet.Rasulullah sentiasa berlapang dada dan bersabar terhadap apa jua keadaan dalam rumah tangga baginda.Jika baginda didapati tiada makanan maka baginda akan berpuasa.Jika ada makanan seperti roti tetapi tiada lauknya,maka baginda akan makan dengan kurma atau cuka.Begitu juga dalam hal-hal yang lain, baginda tidak pernah merungut atas apa-apa kekurangan isteri-isteri baginda.

Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. sering datang kerumahnya pada waktu pagi dan bertanya: " Ada sesuatu yang akan dimakan?" Saya sering menjawab: " tidak ada apa-apa." Kalau begitu saya akan berpuasa." Pernah pada suatu masa saya berkata:" Seseorang telah mengirim kepada kita makanan." Baginda bertanya:Apa itu?" saya katakan:" Kuih daripada kurma.Baginda berkata: saya mengira akan berpuasa."lalu baginda makan kuih tersebut dan memutuskan tidak berpuasa pada hari tersebut.

UmmHani meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. datang berkunjung ke rumahnya pada hari baginda memasuki Makkah lalu bertanya: " Adakah kamu mempunyai sesuatu yang di makan?" saya menjawab: " Ya Rasulullah, hanya ada kerak roti kering."Baginda berkata:" itu bagus." Saya menyajikannya dan baginda mencelupkannya ke dalam air lalu menaburkan garam di atasnya.Kemudian baginda bertanya: " Adakah sesuatu untuk dimakan bersamanya?" saya menjawab: beberapa titis cuka hitam." Baginda menumpahkan cuka itu ke atas roti dam memakannya lalu memuji Allah atas nikmatnya,seraya berkata: " Umm Hani,cuka adalah lauk yang amat baik.

Thursday, August 5, 2010

Kegelisahan hati ini

Beruntung sangat si dia, mendapat cinta yg sejati dari lelaki, kenapalah ia tidak hargainya, sesungguhnya ingin benarku memiliki cinta agongnya darinya. Bila berada di sisinya ku rasa tenang dan gembira ingin sekali ku tenung wajahnya biar pun dari jauh itu saja yang mampu ku lakukan.Rindu benar rasa hati ini ingin berbicara dengan diri dia, menatap wajahnya, merenung matanya, senyumannya membuat hatiku gundah gulana.Ya Allah sebenarnya dalam hati ini merintih-rintih perlukan dirinya disisiku. Setiap saat aku rasa hidup ku sunyi sepi memerlukan teman yang sentiasa di sisiku.
Hatiku terasa luka di saat dia tak pedulikan diriku.Tapi aku sedar kesibukan masa nya membuat kan diri lebih mengerti akan tugas dia.Hanya Allah saja yang tahu hati dan perasaanku buat ketika ini.Kuatkan lah semangat ku agar diri ku lebih tabah menghadapi dugaan hidup ini,aku insan yang lebih yang tak bermaya nak hadapi semua ini seorang diri.Ya Allah lindungi aku daripada segala bencana.Setiap malam air mata ku merintih keseorang alangkah bagusnya di saat dan waktu itu ada seseorang yang bisa memahami perasaan aku waktu ketika itu.
Maafkan aku seandainya diri ku ini menganggu hidup diri mu, sedang kan kau tahu aku amat menyayangi dirimu.Mungkin apa yang ku ucapkan pada mu hanya mainan bagi dirimu.Seolah - olah kau mahu aku mencari orang lain untuk berada di sisiku sentiasa. Pada ketika itu baru aku faham mungkin aku tak layak berada di sisimu, kerana di dalam hati mu ada si dia yang amat kau cintai dan kasihi. Aku cemburu sangat terhadap dirinya, kerana ada org yang sentiasa menyayangi dirinya sedang kan diriku tiada siapa yang peduli kecuali teman-teman wanita ku, hanya pada dia mencurahkan segala isi hatiku, Terima kasih teman ku kerana mengambil berat tentang diriku.Mungkin apa yg berlaku hari ini ada hikmah di sebaliknya.Aku hanya berdoa agar diriku sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup ini.Sampai bila-bila pun aku tetap akan menyayangi diri dan mengingati dirinya meski pun di antara aku dan dia tak ada jodoh, oh berat perasaan ini yang ku tanggung deritanya ...... andai diri nya bahagia, aku pun turut tumpang bahagia..... teringin sesekali ku memanggil dirinya panggilan sayang ah.... terasa malu mungkin aku tak layak memanggil ada yg lebih layak dari diri ku ini.... akan ku semai kasih sayangku ini tersemat di dalam hatiku ini,biar pun kau tidak membalasnya... kan ku sentiasa memberi senyuman manis buat dirimu sayang ... sungguh pun senyuman ku ini tawar sebenarnya

Monday, July 26, 2010

4 Jenis Kejujuran

1* Jujur pada diri sendiri

Kejujuran pada diri sendiri bererti mengakui segala kekurangan dan kelebihan yg ada pada diri.Jika merasakan diri tidak mampu untuk mengerjakan sesuatu maka dia akan mengakuinya. Orang yg mengakui kelemahan dirinya adalah org yg lebih baik daripada org yg mengatakan dia tahu sedangkan sebenarnya dia tidak tahu.

2* Jujur pada orang lain

Seseorang bukan saja perlu jujur pada diri sendiri, tapi juga kepada orang lain termasuklah kanak - kanak dan orang yang lebih rendah kedudukan daripadanya.

3*Jujur pada pasangan

Tidak ada batas kejujuran antara pasangan suami isteri.Suami yang bersikap akan memupuk sikap saling percaya - mempercayai dalam hubungan suami isteri.

4* Jujur pada Allah

Kejujuran pada Allah ialah mengaku bahwa Allah adalah Esa dengan segala sifat-sifatnya. Orang yang jujur pada Allah akan sentiasa ikhlas dan tulus dalam setiap pekerjaannya.

Monday, July 12, 2010

Hati yang Meronta-ronta

Hatiku meronta2 merindu dirimu Teman
Sesungguhnya aku sedar siapalah diriku
Ingin sekali ku mendamping dirimu
Mendekati dirimu.........
Sukar untuk aku merasainya
Seksanya menyayangi dirimu
Moga kau tahu betapi aku
Amat memerlukan dirimu
Hanya Allah saja yang hati dan perasaan
Aku pada ketika ini
Bukan ku pinta semua ini
Aku cuma dahagakan
kasih Sayangmu, perhatian darimu
Bukan harta dan wang ringgit
yang ku pandang........
Cuma sekadar dirimu dapat menjaga hati
Dan perasaan diriku ketika aku memerlukan
Aku hanya insan biasa
Tak punya apa-apa
Cuma ada sekeping hati saja....
Tapi aku sentiasa berdoa agar dirinya bahagia
bersama insan tersayang....
Biar pun diriku tak bahagia
Namun melihat dirinya bahagia
Aku bersyukur pada Illahi
Bahawa orang yang amat aku sayangi
Hidup Bahagia kini.......
Dalam hatiku tak ada insan lain
lagi yang mampu bertahta di hatiku
Meski pun aku masih mengharap
Dapat hidup bersama dengan dirinya
Terpulang pada jodoh.....
Tapi aku takut seandainya diriku
tak mampu membahagiakan dirinya
Bila aku rasa rindu air mataku tiba2 mengalir
Tanpa aku duga...
Ya Allah betapa aku menyayangi dirinya
Ingin saja aku luah kan pada dirinya
Tapi aku malu nak menyatakan
perasaan hatiku padanya
Meski pun dia sebenarnya tahu
Akan isi hati ku
Aku bangga mengenali dirinya
Dia tidak seperti Lelaki lain
Yang tahu bermain kata - kata
Pada hakikatnya dia tidak Ikhlas
Oh... aku benci pada insan seperti tu
Ya Allah jauhkan aku dari insan seperti itu
Lindungilah diriku dari kejahatan manusia
Kadang2 aku rasa takut nak harungi hidup ini
Pelbagai dugaan hebat........
Manusia pandai berpura-pura
Depan baik di belakang mengata2
Hati ini sering berkata-kata
Alangkah bahagianya
Andai diriku ini dapat hidup bersamanya
Akan ku jaga dirinya dan
Ku belai sentiasa agar dirinya
Dapat merasai betapa aku amat
Menyayangi dirimu
Tapi itu hanya impian
Tak mungkin terjadi
Andai aku bertemu jodoh
Dengan insan lain...
Sampai bila2 pun dalam hati ini
Kasih sayang ku pada nya
Tak pernah berubah
Biar pun tidak ku bukti pada dirinya
Tapi aku kan sentiasa melihat dia dari jauh
Dalam sudut hati ku kau tetap menjadi pujaan hatiku
Sampai bila- bila dan tak akan ku lupakan....
Setiap hari ku tunggu panggilan mu
Terasa diri nie tak bernyawa bila tak mendengar suaramu
Meski pun kau menganggap benda nie remeh
Tapi bagi ku amat bermakna dalam hidupku.




Thursday, June 24, 2010

Rinduku.....

Ya Allah, betapa ku merinduimu Ibu,
Hanya kau sahaja yang tahu hati ku,
Adakala nya aku tak dapat melupakan mu Ibu,
Setiap saat, setiap detik aku mengingati dirinya,
Ingin sekali aku memeluk dirinya,
Aku insan biasa tak mampu,
Melawan perasaan ini,
Hati ku sedih bila mengenangkannya
Kerana setiap detik ku rasa
Aku kehilangan dirinya
Ibu......
Aku terlalu menyayangi dirimu
Terlalu merindui dirimu
Suaramu, gelak ketawa mu
Sentiasa kendengaran di telingaku
Seperti memanggil namaku
Senyumanmu umpama bintang
Yang menyinari hidupku
Kini aku dalam kegelapan
Tanpa cahaya sinar hidupmu
Ibu....
Aku tak kuat sepertimu
Aku tak mampu tanpa mu
Di sisiku......
Tabahkah lah hatiku Ya Allah
Untuk aku harungi hidupku ini
Tanpa ibu
Sesungguhnya hamba mu ini
Insan yang Lemah, yang tak bermaya
Berilah aku kekuatan
Seperti mana yang kau inginkan
Jiwa ku sunyi dan sepi
Sejak aku kehilanganmu Ibu
Aku tak tahu mampu kah
Untuk aku harungi hidup ini
Ibu....
Aku tahu kau mengharapkan
Aku hidup bahagia selamanya
Aku akan cuba.... untuk itu semua
Tapi aku tak berjanji....
Cuma akan aku usahakan
Untuk semua ini.....
Biar apa pun terjadi
Kau tetap di hati ku
Untuk Selama-lamanya.


Saturday, June 19, 2010

Dalam Diam Aku Mencintaimu

Entah mengapa ku rasa tak menentu'
Semenjak aku mengenali dirimu sayang
Terbayang-bayang wajahmu di mataku
Hingga tersentuh rasa indah di kalbu
Apakah ertinya

Aku tak tahu mengapa aku rindu
Ingin ku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hati ku
Di dalam diam aku Menyintaimu

Ku harap kau faham perasaan ku
Yang kini dilamun rindu pada mu
Sesungguhnya aku telah jatuh cinta
Oh indahnya bila bersama mu
Cinta ku dengan ikhlasnya
Janganlah engkau sia-siakan
Harapan dan impianku
Dalam diam aku menyintaimu

Kemarau Hati Yang Melanda

Indahnya walau sesaat bersamamu
Memandang,merenung, meratap wajahmu
Walaupun hanya sekilas Pandangan
Masa amat mencemburui dirimu
Biar pun hati ini meronta-ronta
Ingin bersama dengan dirimu
Tapi apa dayaku.......
Aku hanya wanita biasa
Terdetik di hatiku
Alangkah bahagianya diriku jika bersamamu
Setiap saat,setiap hari dan selamanya
Akanku hargai dirimu
Biar pun dari jauh
Itu saja yang mampuku lakukan
Deritanya hati ini merindui dirimu
Terlalu sukar untuk ku nyatakan
Bahawa diri ini hanyalah untuk dirimu
Kenangan bersamamu akan ku sematkan
dalam sanubariku
Aku bahagia, gembira mengenali dirimu
Meski pun sudah terlambat
Dia seorang putera raja bagi diriku
Aku bangga mengenali diri nya
Kasih ku padanya tak akan berubah
Biar pun gelora yang datang
kau tetap di hatiku

Dugaan datang bertimpa-timpa
Untuk menguji kesetiaan diriku
Terhadap dirimu
Akan ku jaga rapi, ku bajai kasih dan sayangku
agar ia tetap di sanubariku
Ya Allah lindungilah diriku dari godaan Syaitan dan Manusia durjana
Agar diri ini sentiasa berada dalam keadaan yang tenang.