Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang terbaik seorang suami yang mudah dan tidak cerewet.Rasulullah sentiasa berlapang dada dan bersabar terhadap apa jua keadaan dalam rumah tangga baginda.Jika baginda didapati tiada makanan maka baginda akan berpuasa.Jika ada makanan seperti roti tetapi tiada lauknya,maka baginda akan makan dengan kurma atau cuka.Begitu juga dalam hal-hal yang lain, baginda tidak pernah merungut atas apa-apa kekurangan isteri-isteri baginda.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. sering datang kerumahnya pada waktu pagi dan bertanya: " Ada sesuatu yang akan dimakan?" Saya sering menjawab: " tidak ada apa-apa." Kalau begitu saya akan berpuasa." Pernah pada suatu masa saya berkata:" Seseorang telah mengirim kepada kita makanan." Baginda bertanya:Apa itu?" saya katakan:" Kuih daripada kurma.Baginda berkata: saya mengira akan berpuasa."lalu baginda makan kuih tersebut dan memutuskan tidak berpuasa pada hari tersebut.
UmmHani meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. datang berkunjung ke rumahnya pada hari baginda memasuki Makkah lalu bertanya: " Adakah kamu mempunyai sesuatu yang di makan?" saya menjawab: " Ya Rasulullah, hanya ada kerak roti kering."Baginda berkata:" itu bagus." Saya menyajikannya dan baginda mencelupkannya ke dalam air lalu menaburkan garam di atasnya.Kemudian baginda bertanya: " Adakah sesuatu untuk dimakan bersamanya?" saya menjawab: beberapa titis cuka hitam." Baginda menumpahkan cuka itu ke atas roti dam memakannya lalu memuji Allah atas nikmatnya,seraya berkata: " Umm Hani,cuka adalah lauk yang amat baik.
No comments:
Post a Comment