Wednesday, July 27, 2011

HIDUP YANG PENUH BERLIKU

Hidup ini umpama roda kadang-kadang di atas, kadang - kadang di bawah....,
Makin ku kenal hidup ini makin aku takut nak hadapinya terlalu banyak dugaan dan rintang yang harus di lalui.....tak semua insan berhati mulia.
Sukar kita nak tahu akan hati dan perasaan manusia, adakala mereka ini suka berpura-pura menjadi baik, yang menjadi mangsa insan yang lemah dan berhati mulia dan tulus....
Terlalu sakit hati bila manusia sering tipu menipu sesama sendiri, mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain, suka bercakap besar, berlagak dan macam2 lagi sifat manusia.

Dalam hidup ini harus pandai bawa diri dan berhati2 agar tiada lagi penindasan, adakalanya kita perlu bersikap tegas dalam segala perkara.Bab memilih teman juga perluka adakala teman menjadi inspirasi....ada teman juga yang ingin menghancurkan pandai2lah kita menghadapi teman sebegitu......Kenapalah sikap manusia begitu aku sendiri tak mengerti....

Hatiku sakit bila kebaikan diriku di salah gunakan oleh teman yang ku hormati selalu, yg sanjung tinggi tapi akhirnya aku di lemparkan jauh2 apa salahku...aku tak pernah menyakiti hati mu, melukakan mu, apatah lagi mengatamu......, bila ku sedar aku insan yang paling bodoh yang tak menyedari bahawa dia bkn teman yang ikhlas bersahabat denganmu....ku anggap semua orang baik dalam dunia ini rupanya itu cuma sekadar lakonan pentas yang cukup hebat di lakonkan oleh mu tanpa ku sedari.....Mungkin Allah nak menguji diriku sama ada aku kuat ke tidak untuk hadapi semua ini.

Hidup ini adakalanya membosan....nape aku jadi begini aku kena kuat .....meski pun tidak, yang pasti aku tahu apa yang aku mahu......sukar mencari teman yang betul faham akan perasaan kita terutama teman lelaki....bila masa dia susah dok carilah kita, time senang lupa pada teman dia, itulah lumrah kehidupan manusia.Letih.lesu ku memikirkannya sampai bila aku harus begini oh Tuhan... berilah ruang untuk kegembira walaupun seketika,sejenak dan selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment