Aku tak pernah melupakan dirinya,aku rasa jauh sangat dengan dirinya sekarang,aku faham siapalah diriku di hatinya meski pun aku amat merindui, menyayangi dirinya, tapi apalah dayaku untuk melawan itu semua dan aku kena redha akan semua ini.
Cintanya, sayang dan kasih bukan buat diriku,usah kau impikan semua itu hanyalah sekadar angan2 yang belum pasti dapat bersama dengannya.Cukuplah sekadar nampak senyumannya,lambaian tangannya amat bermakna buat diriku.....Ya Allah betapa aku merindui dirinya........Sesungguhnya aku insan biasa tak dapat lari dari perasaan cinta,sayang,kasih,rindu hanya terpendam dalam hatiku ini.Aku perlukan dirinya dalam hidupku sebenarnya tapi itu hanyalah sekadar impian.Aku harus kuat dan tabah untuk hadapi hidup ini, meskipun aku tahu dalam dirinya dia x perlukan aku dalam hidupnya. Biarlah dia bahagia bersama org tersayang, aku akan tetap mendoakan kebahagian meski pun aku menderita tak siapa yang tahu akan perasaan ku ini.
Senyuman tawanya tak pernah luput dalam ingatan ku, wajahnya selalu terbayang2 di fikiran,sudah ku cuba nak melupakan dirinya tapi aku tak mampu kerana aku terlalu menyayangi dirinya, samada dia sedar @ tidak sedar,aku tahu dia tahu akan perasaanku terhadap dirinya, aku faham akan kedudukan dia sekarang,tapi dengarlah rintihan hatiku aku rindukan dia hingga ke saat ini.Aku cuba buangkan jauh rasa kesedihan ku ini, tapi aku adakala aku mampu,adakalanya aku tewas, menitis air mataku ini tanpa henti cuba ku kawal perasaan ini sebenarnya.Ada ketika dan saatnya aku x mampu mengukir senyuman untuk semua orang yang hanya aku mampu melihat gelagat manusia.Ya Allah berilah aku kekuatan untuk aku menjadi seorang yang lebih tabah menghadapi dugaan ini, dan lebih berani mengatasi segala musibah yang melanda.Sesungguhnya aku insan biasa yang perlukan belaian,kasih sayang daripadanya.Maafkan aku seandainya coretan ini meluka hatinya,aku sekadar meluahkan rasa hatiku ini tanpa niat apa2 pun.
No comments:
Post a Comment