Saturday, May 14, 2011

USAH DI TAMBAH BARA TERSIMPAN

Tak sanggupku berdepan tak ingin memandang,
Tergambar kepahitan silam,
Terhiris perasaan pernah di biarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan
Inginkan untuk perhiasan
Rupanya terjadi tapi.....
Tak elok andainya di buat ikatan
Apa pula kata tetamu yang datang,
Itulah Umpama kisah silam,
Usah diungkit sengaja di besarkan,
Demi menutup kesilapanmu,
Demi memohon kemaafanku,
Tertutup sudah pintu hatiku,
Tak usahlah engkau memujuk rayu,
Biarpun berpisah nyawa dan badan,
Sudah bersumpah tidak berdepan,
Mendengar namamu bagai memikul beban,
Timbul bila kemarahan terpendam,
itu belum lagi kita berdepan,
Demilah elok bila dibiarkan kemarahan reda sendiri,
Usah di tambah bara yang tersimpan,
Walaupun berbagai rencana engkau lakukan,
Itu sikit tidak melembutkan hati,
Biarpun masih tebal kebencian,
Sedang marahku tiada kesudahan,
Biarlah aku menanggung sendiri,
Segala dosa kerana membenci.....

Friday, May 13, 2011

Nilai Persahabatan

Terlalu besar nilai persahabatan ini, ia amat bermakna jika yg tahu akan erti nilainya,
Sahabat bermacam2 peragai dan ragam hanya orang yg serasi sahaja dapat berkawan lama.Kadang2 manusia mudah lupa diri apabila dia sudah ada sahabat yg baru, tapi jangan kita lupa pada sahabat yg lama kerana dia juga sebahagian daripada hidup kita. Sahabat ini umpama teman hidup yg akan sentiasa menerangi hidup kita.Tanpanya kita pasti sunyi.....dengan dialah tempat kita mengadu segala2 selain orang tua kita @ pun ahli keluarga kita yg plg dekat dengan kita.Sifat rasa cemburu dgn sahabat kdgkalanya timbul apa bila ada sahabat baru...tapi jgn khuarti andai kita tahu akan sikap dan peragai dia tak akan melupakannya.

Jangan sesekali2 sakiti hati sahabat kita andai dia seorang sahabat yg baik, walaupun adakalanya peragai dia membuatkan kita berkecil hati dengan sikap dia.Berfikirlah positif dan bersangka baik itu adalah baik dan berdiam diri dan tidak menambah cerita dan mengada2 cerita itu adalah cara yg baik.Sahabat yang baik tidak akan menyusahkan diri kita ia akan sentiasa membantu kita dalam susah dan senang itulah erti persahabatan yg sebenarnya yang susah hendak di nilaikan sekarang ini.

Kita akan rasa gembira bila dapat membantu sahabat kita, tapi andai kita x dapat tolong dia kita rasa diri ini x bermakna.Tapi dalam kehidupan ini tak semua manusia perfek......

Friday, December 10, 2010

Keliru

Diriku keliru sebenarnya, kdg2 aku terfikir hati dan sayangku ini hanya untuk diri dia, Walaupun aku tahu ia tak sampai ke mana.Tapi aku bangga mengenali dirinya dan aku sanjung dirinya.Aku amat menyayangi dirinya semoga aku dan dia bahagia hingga ke akhir hayat walaupun aku dan dia tak dapat hidup bersama dengannya.Aku akan sentiasa berada di sisinya walaupun aku tahu dia mungkin tak memerlukan diri ku dalam hidupnya.
Apa-apa pun ku bersyukur kerana mengenali dirinya.Ya Allah semoga kasih dan sayangku tak akan berubah sampai bila2 meskipun aku sedar diri ku siapa.Hati ini untuk diri nya sebenarnya biarlah..... tak semestinya apa yang kita hendaki menjadi milik kita.....Tapi aku berharap agar dia tahu akan perasaanku ini meski pun hati ini membara2 merindui dirinya.Senyuman dia tak pernah lekang dari ingatanku, begitu jua dengan kata2 dia, memberi aku semangat terima kasih sayang........hanya dalam blog ini jea dapat ku laungkan panggilan sayang.......pilu hatiku kini kerana.......tapi tak apa lah dia ada tanggungjawab yg harus di laksanakan.....sapa diriku utk bertanya......

Tuesday, November 30, 2010

Perpisahan Terasing

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh.....mengapa terus mengharap menanti
walau cukup kusedari dia takkan kembali

Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi

Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita di katakan pasangan bahagia
oh..... kini terasing luka
oh..... kini terasing luka
Perpisahan mengasing kita.

Monday, September 20, 2010

Hari Lebaran

Hati ku sungguh hiba bila tiba waktu lebaran....tapi aku hanya manusia biasa yang bisa hanya menangis, rindu pada arwah abah dan emak tidak pernah lekang dalam hatiku. Tahun ini kali pertama aku beraya tanpa Ibu rasa sunyi dan lain sekali selalu suara ibulah paling kedengaran di telinga ku tapi kali ini tiada lagi buat ku bermanja dengannya.....aku paling menyyayangi diri nya, ibu.......... kenapa ibu di saat ini kau tiada di sisi di saat aku perlukan dirimu.Ibu kehilangan dirimu amat perit di hatiku ini ibu.
Ya Allah, sesungguhnya berilah aku kekuatan untuk akun terus kan hidup ini tanpa ibu ku di sisi ku.Tapi ku cuba gagah diri ini beraya ke rumah2 makcik dan pakcik ku.Biar pun di dalam hati ini hanya Allah jea yang tahu hati ini, rintihan hati ini, tak sanggup aku rasanya hidup begini.Ibu hanya kau yang tahu hatiku selama ini,tapi sekarang tiada yang akan mengerti akan perasaan ini ibu. Aku hanya insan biasa yang lemah dan tak berdaya, aku tidak kuat seperti dulu, ibu adalah segalanya bagi diriku....tapi kini ibu tiada lagi, dan aku harus tempuhi hidup ini dengan tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup ini......, setiap kali lagu raya berkumandang air mata ku mengalir tanpa ku sedari.... mengingatkan kenangan bersama ibu hati ku pilu.Terima kasih pada teman2 yang sentiasa memberi aku sokongan dan semangat tanpa henti2 untuk aku teruskan hidup ini,biar pun orang yang aku sayangi tak dapat ku miliki dan aku sentiasa berdoa agar dia bahagia di samping keluarga tersayang.Cinta ku dan sayangku pada dia tak pernah pudar, ingin ku lupa kan dirinya tapi aku tak mampu berbuat demikian, biarlah ia membara dalam hati ini, meski pun dalam diri ini aku memerlukan dirinya.....

Thursday, August 26, 2010

Tidak Cerewet

Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang terbaik seorang suami yang mudah dan tidak cerewet.Rasulullah sentiasa berlapang dada dan bersabar terhadap apa jua keadaan dalam rumah tangga baginda.Jika baginda didapati tiada makanan maka baginda akan berpuasa.Jika ada makanan seperti roti tetapi tiada lauknya,maka baginda akan makan dengan kurma atau cuka.Begitu juga dalam hal-hal yang lain, baginda tidak pernah merungut atas apa-apa kekurangan isteri-isteri baginda.

Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. sering datang kerumahnya pada waktu pagi dan bertanya: " Ada sesuatu yang akan dimakan?" Saya sering menjawab: " tidak ada apa-apa." Kalau begitu saya akan berpuasa." Pernah pada suatu masa saya berkata:" Seseorang telah mengirim kepada kita makanan." Baginda bertanya:Apa itu?" saya katakan:" Kuih daripada kurma.Baginda berkata: saya mengira akan berpuasa."lalu baginda makan kuih tersebut dan memutuskan tidak berpuasa pada hari tersebut.

UmmHani meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. datang berkunjung ke rumahnya pada hari baginda memasuki Makkah lalu bertanya: " Adakah kamu mempunyai sesuatu yang di makan?" saya menjawab: " Ya Rasulullah, hanya ada kerak roti kering."Baginda berkata:" itu bagus." Saya menyajikannya dan baginda mencelupkannya ke dalam air lalu menaburkan garam di atasnya.Kemudian baginda bertanya: " Adakah sesuatu untuk dimakan bersamanya?" saya menjawab: beberapa titis cuka hitam." Baginda menumpahkan cuka itu ke atas roti dam memakannya lalu memuji Allah atas nikmatnya,seraya berkata: " Umm Hani,cuka adalah lauk yang amat baik.

Thursday, August 5, 2010

Kegelisahan hati ini

Beruntung sangat si dia, mendapat cinta yg sejati dari lelaki, kenapalah ia tidak hargainya, sesungguhnya ingin benarku memiliki cinta agongnya darinya. Bila berada di sisinya ku rasa tenang dan gembira ingin sekali ku tenung wajahnya biar pun dari jauh itu saja yang mampu ku lakukan.Rindu benar rasa hati ini ingin berbicara dengan diri dia, menatap wajahnya, merenung matanya, senyumannya membuat hatiku gundah gulana.Ya Allah sebenarnya dalam hati ini merintih-rintih perlukan dirinya disisiku. Setiap saat aku rasa hidup ku sunyi sepi memerlukan teman yang sentiasa di sisiku.
Hatiku terasa luka di saat dia tak pedulikan diriku.Tapi aku sedar kesibukan masa nya membuat kan diri lebih mengerti akan tugas dia.Hanya Allah saja yang tahu hati dan perasaanku buat ketika ini.Kuatkan lah semangat ku agar diri ku lebih tabah menghadapi dugaan hidup ini,aku insan yang lebih yang tak bermaya nak hadapi semua ini seorang diri.Ya Allah lindungi aku daripada segala bencana.Setiap malam air mata ku merintih keseorang alangkah bagusnya di saat dan waktu itu ada seseorang yang bisa memahami perasaan aku waktu ketika itu.
Maafkan aku seandainya diri ku ini menganggu hidup diri mu, sedang kan kau tahu aku amat menyayangi dirimu.Mungkin apa yang ku ucapkan pada mu hanya mainan bagi dirimu.Seolah - olah kau mahu aku mencari orang lain untuk berada di sisiku sentiasa. Pada ketika itu baru aku faham mungkin aku tak layak berada di sisimu, kerana di dalam hati mu ada si dia yang amat kau cintai dan kasihi. Aku cemburu sangat terhadap dirinya, kerana ada org yang sentiasa menyayangi dirinya sedang kan diriku tiada siapa yang peduli kecuali teman-teman wanita ku, hanya pada dia mencurahkan segala isi hatiku, Terima kasih teman ku kerana mengambil berat tentang diriku.Mungkin apa yg berlaku hari ini ada hikmah di sebaliknya.Aku hanya berdoa agar diriku sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup ini.Sampai bila-bila pun aku tetap akan menyayangi diri dan mengingati dirinya meski pun di antara aku dan dia tak ada jodoh, oh berat perasaan ini yang ku tanggung deritanya ...... andai diri nya bahagia, aku pun turut tumpang bahagia..... teringin sesekali ku memanggil dirinya panggilan sayang ah.... terasa malu mungkin aku tak layak memanggil ada yg lebih layak dari diri ku ini.... akan ku semai kasih sayangku ini tersemat di dalam hatiku ini,biar pun kau tidak membalasnya... kan ku sentiasa memberi senyuman manis buat dirimu sayang ... sungguh pun senyuman ku ini tawar sebenarnya