Thursday, August 26, 2010

Tidak Cerewet

Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang terbaik seorang suami yang mudah dan tidak cerewet.Rasulullah sentiasa berlapang dada dan bersabar terhadap apa jua keadaan dalam rumah tangga baginda.Jika baginda didapati tiada makanan maka baginda akan berpuasa.Jika ada makanan seperti roti tetapi tiada lauknya,maka baginda akan makan dengan kurma atau cuka.Begitu juga dalam hal-hal yang lain, baginda tidak pernah merungut atas apa-apa kekurangan isteri-isteri baginda.

Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. sering datang kerumahnya pada waktu pagi dan bertanya: " Ada sesuatu yang akan dimakan?" Saya sering menjawab: " tidak ada apa-apa." Kalau begitu saya akan berpuasa." Pernah pada suatu masa saya berkata:" Seseorang telah mengirim kepada kita makanan." Baginda bertanya:Apa itu?" saya katakan:" Kuih daripada kurma.Baginda berkata: saya mengira akan berpuasa."lalu baginda makan kuih tersebut dan memutuskan tidak berpuasa pada hari tersebut.

UmmHani meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. datang berkunjung ke rumahnya pada hari baginda memasuki Makkah lalu bertanya: " Adakah kamu mempunyai sesuatu yang di makan?" saya menjawab: " Ya Rasulullah, hanya ada kerak roti kering."Baginda berkata:" itu bagus." Saya menyajikannya dan baginda mencelupkannya ke dalam air lalu menaburkan garam di atasnya.Kemudian baginda bertanya: " Adakah sesuatu untuk dimakan bersamanya?" saya menjawab: beberapa titis cuka hitam." Baginda menumpahkan cuka itu ke atas roti dam memakannya lalu memuji Allah atas nikmatnya,seraya berkata: " Umm Hani,cuka adalah lauk yang amat baik.

Thursday, August 5, 2010

Kegelisahan hati ini

Beruntung sangat si dia, mendapat cinta yg sejati dari lelaki, kenapalah ia tidak hargainya, sesungguhnya ingin benarku memiliki cinta agongnya darinya. Bila berada di sisinya ku rasa tenang dan gembira ingin sekali ku tenung wajahnya biar pun dari jauh itu saja yang mampu ku lakukan.Rindu benar rasa hati ini ingin berbicara dengan diri dia, menatap wajahnya, merenung matanya, senyumannya membuat hatiku gundah gulana.Ya Allah sebenarnya dalam hati ini merintih-rintih perlukan dirinya disisiku. Setiap saat aku rasa hidup ku sunyi sepi memerlukan teman yang sentiasa di sisiku.
Hatiku terasa luka di saat dia tak pedulikan diriku.Tapi aku sedar kesibukan masa nya membuat kan diri lebih mengerti akan tugas dia.Hanya Allah saja yang tahu hati dan perasaanku buat ketika ini.Kuatkan lah semangat ku agar diri ku lebih tabah menghadapi dugaan hidup ini,aku insan yang lebih yang tak bermaya nak hadapi semua ini seorang diri.Ya Allah lindungi aku daripada segala bencana.Setiap malam air mata ku merintih keseorang alangkah bagusnya di saat dan waktu itu ada seseorang yang bisa memahami perasaan aku waktu ketika itu.
Maafkan aku seandainya diri ku ini menganggu hidup diri mu, sedang kan kau tahu aku amat menyayangi dirimu.Mungkin apa yang ku ucapkan pada mu hanya mainan bagi dirimu.Seolah - olah kau mahu aku mencari orang lain untuk berada di sisiku sentiasa. Pada ketika itu baru aku faham mungkin aku tak layak berada di sisimu, kerana di dalam hati mu ada si dia yang amat kau cintai dan kasihi. Aku cemburu sangat terhadap dirinya, kerana ada org yang sentiasa menyayangi dirinya sedang kan diriku tiada siapa yang peduli kecuali teman-teman wanita ku, hanya pada dia mencurahkan segala isi hatiku, Terima kasih teman ku kerana mengambil berat tentang diriku.Mungkin apa yg berlaku hari ini ada hikmah di sebaliknya.Aku hanya berdoa agar diriku sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup ini.Sampai bila-bila pun aku tetap akan menyayangi diri dan mengingati dirinya meski pun di antara aku dan dia tak ada jodoh, oh berat perasaan ini yang ku tanggung deritanya ...... andai diri nya bahagia, aku pun turut tumpang bahagia..... teringin sesekali ku memanggil dirinya panggilan sayang ah.... terasa malu mungkin aku tak layak memanggil ada yg lebih layak dari diri ku ini.... akan ku semai kasih sayangku ini tersemat di dalam hatiku ini,biar pun kau tidak membalasnya... kan ku sentiasa memberi senyuman manis buat dirimu sayang ... sungguh pun senyuman ku ini tawar sebenarnya